S
Bagaimanakah proses pembayaran dilakukan?
J
Selain menggunakan kad kredit VISA atau MASTERCARD, anda boleh bank-in wang pembayaran kepada kami melalui RHB dan OCBC.
 
 
S
Adakah sebarang deposit diperlukan?
J
Wang deposit sebanyak 50% dari jumlah keseluruhan diperlukan sebelum artwork dibuat.
 
 
S
Berapa lamakah masa yang diambil untuk penerimaan kad?
J
Setelah bayaran keseluruhan dibuat, kad akan tiba dalam masa 3 hari bekerja.
 
 
S
Bagaimana pula dengan peta?
J   Anda boleh melakar peta anda dengan jelas, scan dan attach pada Borang Tempahan kami. Lebih kurang pun takper. Kami akan melakar semula peta tersebut dengan lebih sempurna.
     
S   Adakah sebarang "extra-charge" dikenakan untuk proses lakaran peta?
J   Harga yang tertera adalah termasuk lakaran bagi 1peta. Bayaran sebanyak RM30.00 akan dikenakan untuk peta pihak yang kedua.
     
S   Sekiranya saya ingin melakukan perubahan pada artwork, bolehkan ianya dilakukan ?
J   Ya, anda dibenarkan untuk meminta kami mengubah atau membetulkan artwork. Had pindaan maksimum ialah 3 kali. Masa yang diberikan untuk memikirkan sebarang pindaan adalah selama 3 hari.
     
S   Adakah terdapat sebarang bayaran untuk khidmat kurier ? Jika ada berapakah pula bayarannya?
J  

Bayaran bagi kurier ialah RM8.00 per item dan dihantarkan ke 1 alamat.
Contoh,
(1) sekiranya anda menempah Kad Jemputan dan Photo Book dan perlukan kami hantar ke alamat anda, bayaran kurier yang dikenakan ialah RM 16. < bayaran per item >

(2) Sekiranya anda hanya menempah Kad Jemputan sahaja dan memerlukan kami hantar ke pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan pada 2 alamat berasingan, bayaran kurier sebanyak RM 16.00 akan dikenakan.  < bayaran per alamat >
     
S   Bolehkah saya mendapat satu sampel "fizikal" sebelum kad saya dicetak secara 'mass production'?
J   Kami boleh menghantar 1 contoh material melalui pos biasa kepada anda jika masa mengizinkan dan dirasakan perlu.
     
S   Adakah harga kad ini termasuk dengan sampulnya sekali?
J   Ya, harga termasuk sampulnya sekali.
     
S   Bolehkah saya membayar secara tunai keseluruhan (tiada deposit) ?
J   Ya, anda boleh membayar secara keseluruhan sama ada secara tunai ( bank-in ) atau credit card mengikut kesesuaian anda sendiri. Selain itu, cara ini boleh mempercepatkan masa penghantaran kerana kami hanya akan mencetak setelah menerima bayaran keseluruhan.